Social Icons

Pages

PERBEZAAN ANTARA ISLAMIC BANKING DENGAN CONVENTIONAL BANKING

PERBEZAAN ANTARA ISLAMIC BANKING DENGAN CONVENTIONAL BANKING Dimanakah perbezaan antara sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan Konvensional? Dalam banyak keadaan, pengguna seolah2 lebih dibebani berada dalam sistem Perbankan Islam. Mengapa ini terjadi? Sistem perbankan Islam tidak terlibat dengan faedah seperti yang terkandung dalam sistem perbankan konvensional. Faedah ialah ‘bunga’ yang sering dikaitkan dengan riba, iaitu antara tujuh kesalahan dosa-dosa besar. Sebaliknya, dalam sistem perbankan Islam keuntungan diperkenalkan bagi mengelakkan riba. Dalam banyak keadaan, kadang-kadang pengguna terus dibebani berada di bawah sistem perbankan Islam. Ini kerana sewaktu kadar faedah yang dikenakan oleh bank konvensional kepada peminjam-peminjamnya rendah, maka kadar keuntungan sistem perbankan Islam ada yang hampir menyamai jumlah pinjaman yang dibuat, dan adakalanya menyamai dari faedah yang dikenakan oleh sistem perbankan konvensional. Segala kemungkinan ini berlaku kerana perbankan Islam menggunakan kaedah; kadar keuntungan tetap dari keseluruhan harga objek skim al-bai bithaman ajil berasaskan jumlah tahun pembayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam menentukan kadar keuntungan. Sebaliknya bank konvensional menggunakan kadar faedah yang semakin berkurang ke atas jumlah pokok pinjaman yang semakin berkurangan ekoran pembayaran-pembayarab berkala yang telah dilunaskan (reducing balance) serta berasaskan kadar faedah yang diapungkan. Adalah wajar bagi institusi kewangan mempertimbangkan untuk sama ada melaksanakan pembayaran kadar keuntungan berdasarkan kepada kaedah reducing balance dan adalah lebih baik sekiranya kadar keuntungan yang ditentukan jauh lebih rendah daripada kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan konvensional dalam melaksanakan kontrak pinjaman.

Tuesday, 8 October 2013

BERHATI HATI BILA MEMASUKAN PIN ATM !!!!!!



Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.


Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni.

so, nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. kes ni banyak berlaku di Indonesia.

sumber copy paste :  beritamyon9.blogspot.com

AR RAHNU MAKSUD, FUNGSI DAN KEGUNAANNYA

                                                 contoh brosur Ar Rahnu di atas


Ar-Rahnu –transformasi demi pelanggan MUDAH, selesa, telus dan murah. Itulah maklum balas spontan pelanggan tetap Ar-Rahnu Bank Rakyat. Ia terbukti dan berasas dengan peningkatan prestasi pengeluaran pinjaman bagi produk pajak gadai Islam itu, setiap tahun. Skim itu ditawarkan 6 tahun lalu, menerusi lima cawangan Bank Rakyat di seluruh negara. Perkembangan drastik Ar- Rahnu adalah selari dengan transformasi dalam system penyampaian produk mikro kredit ini sejak is dilancarkan sehingga kini. Pelbagai inovasi terhadap system penyampaian produk itu dilaksanakan selaras dengan tuntutan untuk memenuhi keperluan dan keputusan bilangan pelanggan yang semakin meningkat.
Produk Ar-Rahnu itu membuktikan betapa seriusnya Bank Rakyat dalam usahanya untuk memesrakan pelanggan terhadap produk ini sekali gus membuktikan Bank Rakyat tidak meminggirkan pelanggannya. Penambahbaikan system komputer meningkatkan Iagi kecekapan di dalam proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Kepantasan urusan selainjaminan keselamatan ke atas barang gadaian menyumbang kepada peningkatan tahap mkeyakinan pelanggan.
Peningkatan jumlah pinjaman maksimum daripada RM50,000 kepada RM100,000 adalah bagi memenuhi keperluan pelanggan terutama dikalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang melihat skim Ar-Rahnu sebagai sumber dalam perolehan modal pusingan perniagaan mereka.
Selain itu, lanjutan tempoh pinjaman yang lebih fleksibel selama enam bulan tanpa had, memberikan keselesaan pelanggan di dalam merancang kewangan peribadi mereka. Langkah memfrancaiskan produk Ar-Rahnu, dilihat satu usaha mendekatkan saluran perkhidmatannya kepada orang ramai.
Sehingga kini ada 14 rangkaian jenama Ar-Rahnu X Change di seluruh Negara yang menjalankan operasi skim itu secara professional berlandaskan kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak 1993. Sistem operasi perniagaan dan ciri-ciri produk Ar-Rahnu X Change adalah seperti yang ditawarkan 120 cawangan Bank Rakyat sedia ada.
Bank Rakyat sentiasa memfokus bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengena kepelbagaian fungsi Ar-Rahnu sebagai salah satu instrumen kewangan. Pelancaran produk Ar-Rahnu Genius sekali gus menawarkan alternative kepada pelanggan untuk menggadai barang kemas yang dimiliki kepada bentuk simpanan secara tunai. la secara langsung mempelbagaikan cabang fungsi Ar-Rahnu kepada produk tabungan dan pelaburan.
Beberapa inovasi yang berlaku terhadap sistem dan ciri-ciri produk mikro kredit ini adalah seiring dengan perkembangan perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat selaku pendahulu pasaran. Kepelbagaian tujuan gadaian dan pertambahan segmen kumpulan pelanggan adalah transformasi di dalam industri pajak gadai Islam kepada satu dimensi yang baru.
Ar-Rahnu bukan lagi dilihat sebagai produk kelas kedua yang hanya disasarkan kepada pelanggan Melayu, berpendapatan rendah dan luar bandar. Kehadiran pelanggan bukan Bumiputera dan ahli perniagaan yang semakin bertambah saban hari menuntut Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X Change meningkatkan tahap perkhidmatan yang benar-benar profesional.
Sehingga 30 Jun 2009, jumlah pengeluaran pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat melebihi RM625 juta. La secara tidak langsung memperlihatkan penerimaan Ar-Rahnu Bank Rakyat standing dengan produk mikro kredit yang lain seperti Pembiayaan Peribadi, Kad Kredit dan seumpamanya. Program pengiklanan dan produk secara bersepadu menerusi pelbagai saluran media bertujuan menyampaikan mesej yang jelas bahawa Bank Rakyat mempunyai satu produk yang cukup sempurna dalam memenuhi keperluan tunai segera.
Apa yang penting adalah sejauh mana masyarakat menilai dan menghargai usaha Bank Rakyat serta rangkaian Ar-Rahnu X'Change dalam menyediakan alternatif bagi kemudahan tunai segera yang adil, telus, bebas riba, murah dan profesional.
DEFINASI AR-RAHNU
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."(Surah al-Muddaththir 74:38)
PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
    *PENGERTIAN
    Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
    H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
    Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
    Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
    * HUKUM
    Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
    Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
    Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"(HR. Al-Bukhari)
    Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"(HR. Tirmidzi)
    *RUKUN
    Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
       1.Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
       2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
       3.barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
       4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
       5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
KELEBIHAN AR-RAHNU DIBANDING PAJAK GADAI KONVENSIONAL
SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
    * Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
    * Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).   
    * Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
    KELEBIHAN AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
   1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
      Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
   2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
      Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.  
   3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
      Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
   4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
      Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
   5.Caj perkhidmatan Yang Rendah
      Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.    
   6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
      Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
   7.Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
      Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
   8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
      Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
   9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
      Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Saturday, 5 October 2013

SEKADAR PERINGATAN SEKALIAN !!!!!!!


Apa yang menyebabkan artis-artis ini berubah? | ! Blog Informasi Nakal Dan Panas !

Apa yang menyebabkan artis-artis ini berubah? | ! Blog Informasi Nakal Dan Panas !

Friday, 4 October 2013

BEBERAPA ISITILAH DALM MUAMALAT


Salam Dari keinginan yang membuak-buak ingin mengetahui lebih banyak tentang kewangan Islam, terjumpa pula pelbagai-bagai isltilah yang tidak difahami langsung tetapi penting untuk diketahui supaya lebih jelas bila perlu melaksanakanya. Tidak dapat tidak sebagai seorang Muslim kita hanya ada satu pilihan iaitu kewangan Islam dan kewangan Islam adlah yang terbaik namun amatlah rendah thapa kefahaman kita tentangnya. Mungkin terlalu asas tetapi istilah ini amatlah luas penggunaannya dalam transaksi-transaksi kita dan mahu tidak mahu kita perlu tahu. Perlu saya kekalkan ianya dalam bahasa inggeris kerana saya bukanlah seorang yang bijak mengalih bahasa tetapi bagi saya bahasanya mudah difahami untuk semua. Selamat membaca
  1. Bai' al 'inah
  • is a financing facility with the underlying buy and sell transactions between the financier and the customer. The financier buys an asset from the customer on spot basis. The price paid by the financier constitutes the disbursement under the facility. Subsequently the asset is sold to the customer on a deferred-payment basis and the price is payable in instalments. The second sale serves to create the obligation on the part of the customer under the facility. There are differences of opinion amongst the scholars on the permissibility of Bai' al 'inah, however this is practised in Malaysia and the like jurisdictions
2. Bai' bithaman ajil

  • This concept refers to the sale of goods on a deferred payment basis at a price, which includes a profit margin agreed to by both parties. Like Bai' al 'inah, this concept is also used under an Islamic financing facility. Interest payment can be avoided as the customer is paying the sale price which is not the same as interest charged on a loan.
3. Bai' muajjal
  • Literally bai' muajjal means a credit sale. Technically, it is a financing technique adopted by Islamic banks that takes the form of murabahahmuajjal. It is a contract in which the bank earns a profit margin on the purchase price and allows the buyer to pay the price of the commodity at a future date in a lump sum or in installments. It has to expressly mention cost of the commodity and the margin of profit is mutually agreed. The price fixed for the commodity in such a transaction can be the same as the spot price or higher or lower than the spot price. Bai' muajjal is also called a deferred-payment sale.
4. Musharakah
  • Musharakah (joint venture) is an agreement between two or more partners, whereby each partner provides funds to be used in a venture. Profits made are shared between the partners according to the invested capital. In case of loss, each partner loses capital in the same ratio. If the Bank provides capital, the same conditions apply. It is this financial risk, according to the Shariah, that justifies the bank's claim to part of the profit. Each partner may or may not participate in carrying out the business. A working partner gets a greater profit share compared to a sleeping (non-working) partner. The difference between Musharaka and Madharaba is that, in Musharaka, each partner contributes some capital, whereas in Madharaba, one partner, e.g. a financial institution, provides all the capital and the other partner, the entrepreneur, provides no capital. Note that Musharaka and Madharaba commonly overlap
5. Mudarabah

  • A special kind of partnership where one partner gives money to another for investing it in a commercial enterprise. The investment comes from the first partner who is called "rabb-ul-mal", while the management and work is an exclusive responsibility of the other, who is called "mudarib. Mudarabah (Profit Sharing) is a contract, with one party providing 100 percent of the capital and the other party providing its specialist knowledge to invest the capital and manage the investment project. Profits generated are shared between the parties according to a pre-agreed ratio. Compared to Musharaka, in a Mudaraba only the lender of the money has to take losses.
6. Murabahah
  • This concept refers to the sale of goods at a price, which includes a profit margin agreed to by both parties. The purchase and selling price, other costs, and the profit margin must be clearly stated at the time of the sale agreement. The bank is compensated for the time value of its money in the form of the profit margin. This is a fixed-income loan for the purchase of a real asset (such as real estate or a vehicle), with a fixed rate of profit determined by the profit margin. The bank is not compensated for the time value of money outside of the contracted term (i.e., the bank cannot charge additional profit on late payments); however, the asset remains as a mortgage with the bank until the default is settled.
7. Musawamah

  • is the negotiation of a selling price between two parties without reference by the seller to either costs or asking price. While the seller may or may not have full knowledge of the cost of the item being negotiated, they are under no obligation to reveal these costs as part of the negotiation process. This difference in obligation by the seller is the key distinction between Murabaha and Musawamah with all other rules as described in Murabaha remaining the same. Musawamah is the most common type of trading negotiation seen in Islamic commerce.
8. Bai salam
  • a contract in which advance payment is made for goods to be delivered later on. The seller undertakes to supply some specific goods to the buyer at a future date in exchange of an advance price fully paid at the time of contract. It is necessary that the quality of the commodity intended to be purchased is fully specified leaving no ambiguity leading to dispute. The objects of this sale are goods and cannot be gold, silver, or currencies based on these metals. Barring this, Bai Salam covers almost everything that is capable of being definitely described as to quantity, quality, and workmanship.

Thursday, 3 October 2013

OFF TOPIC SAT- PENTING!!!!!!! BAHAYA SYIAH

Berkenaan dengan Syiah di Malaysia dan kesannya kepada umat Islam, dapatlah saya bahagikan jawapan saya kepada beberapa fasa seperti berikut:
Fasa pertama; Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah?
Menjadi kebiasaan para ulama, apabila membicarakan perihal sesuatu perkara, mereka akan meletakkan definisi atau pengertiannya dari dua sudut utama iaitu Bahasa Arab dan Istilah. Tujuannya adalah supaya perbahasan dan perbincangan menjadi jelas dan terarah.
Di dalam Bahasa Arab, Shi’ah bererti penolong dan pembantu.
Manakala dari sudut Istilah pula, dapatlah dirumuskan bahawa Shi’ah adalah satu kumpulan manusia yang dinisbahkan kepada umat Islam, mengutamakan Ali r.a. terhadap para Sahabat yang lain dan mengutamakan keluarga Rasulullah s.a.w. yang terpilih sahaja di samping membawa kepercayaan yang menyeleweng dan terpesong berkenaan perkara-perkara asasi dalam Islam seperti ketuhanan, kenabian, al-Imamah (pemerintahan), pendirian berkenaan para sahabat, dan juga para isteri Rasulullah s.a.w. (Definisi secara terperinci dapatlah dirujuk dalam: Hukum Ulamak2 Islam Terhadap Shiah Dahulu dan Sekarang, karangan Ibnu Umar. Kuala Lumpur: Virtue Publications. Cetakan 1987. Halaman 9.)
Golongan Shi’ah terbahagi pula kepada beberapa kelompok iaitu kelompok yang melampau, pertengahan dan ikut-ikutan.
Kelompok yang melampau adalah kelompok yang menyeleweng dan mempertikaikan perkara-perkara dasar dalam Islam seperti mengatakan bahawa al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a., Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w., ‘Aishah isteri Rasulullah adalah penzina, Abu Bakr dan Umar adalah penjenayah, mencerca para Sahabat dan menganggap kebanyakan mereka fasiq atau murtad. Cendekiawan di kalangan kelompok inilah yang dihukum sesat dan kufur oleh ulama muktabar dalam Islam. Kelompok ini dikenali sebagai, al-Imamiyyah @ al-Ithna ‘Asyariyyah @ al-Ja‘fariyyah.
Kelompok yang pertengahan pula adalah kelompok yang dikenali sebagai Zaidiyyah yang walaupun berbeza dengan Umat Islam tetapi tidak melampau seperti kelompok pertama.
Adapun kelompok ikut-ikutan pula, mereka adalah yang mengaku Shi’ah tetapi tidak mengetahui ajaran-ajaran Shi’ah.
Fasa kedua; Adakah wujud perbezaan antara Shi’ah dan Ahlus Sunnah?
Sebelum meneruskan perbincangan, perlu rasanya dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Ahlus Sunnah. Perkataan ‘Ahl’ dari sudut Bahasa Arab bererti ahli manakalah perkataan ‘Sunnah’ dari sudut Bahasa Arab bererti jalan dan cara. Melihat kepada sudut Istilah, Ahlus Sunnah membawa erti orang yang berpegang dengan manhaj dan cara pelaksanaan Islam yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w.
Sememangnya daripada penjelasan ringkas di atas, kita sudah dapat melihat perbezaan di antara Shi’ah dan Ahlus Sunnah. Akan tetapi untuk menjadikannya lebih nyata dan terang, marilah sama-sama kita melihat jadual berikut yang menjelaskan sebahagian pegangan Syiah yang sesat dan menyeleweng:
Syi’ah
Ahlus Sunnah
Al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a.
Al-Qur’an terpelihara daripada sebarang penyelewengan
Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. lebih hebat daripada sekelian makhluk
‘Aishah isteri Rasulullah adalah penzina
‘Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan Ibu kepada orang-orang yang beriman
Abu Bakr dan Umar adalah penjenayah
Abu Bakr dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul
Mencerca kebanyakan para Sahabat dan menghukum mereka adalah fasiq dan murtad
Menghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah Ta’ala
Fasa ketiga; Apakah Syiah bahaya?
Melihat kepada perkataan ‘bahaya’, sebenarnya kita boleh bahagikan kepada dua situasi. Pertama, bahaya terhadap agama dan kedua, bahaya terhadap keselamatan.
Berkenaan bahaya Syiah terhadap agama, berdasarkan sedikit maklumat yang telahpun saya utarakan sebentar tadi, kita dapat merumuskan bahawa Syiah memang merbahaya dan menjadi antara ancaman utama yang menggugat kesucian Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah al-Sahihah. “Bahaya” dari sudut ini jauh lebih besar daripada bahaya dari sudut keselamatan. Bahaya dari sudut keagamaan inilah yang menuntut pihak berwajib untuk bangkit menjelaskan penyelewengan yang ada pada aliran Syiah ini samada dalam bentuk seminar, wacana, forum mahupun debat atau muzakarah antara Ahlus Sunnah dan Syiah. Jika perkara ini dapat direalisasikan, masyarakat akan mendapat maklumat seimbang di antara kebenaran dan kebatilan, seterusnya dapat membuat penilaian dan pilihan yang sewajarnya.
Manakala bahaya Syiah terhadap keselamatan pula, perkara ini sebenarnya merujuk kepada kadar ketaksuban mereka yang beraliran Syiah. Setakat ini, menurut pandangan saya, Syiah di Malaysia masih belum menimbulkan apa-apa kekacauan. Ini mungkin dapat dilihat dari sudut sifat masyarakat Malaysia yang sememangnya lemah-lembut. Ertinya, “Bahaya kepada keselamatan” adalah perkara yang cukup subjektif. Mana-mana kumpulan dan aliran pun berpotensi menjadi bahaya apabila sebahagian daripada mereka yang kurang ilmu bertindak menjangkau ajaran dan garis panduan pemimpin mereka. Jika ini berlaku, perlulah dibezakan antara individu yang tersilap dengan doktrin ajaran yang dijunjung. Ketelanjuran yang mungkin berlaku tidak semestinya menggambarkan kepincangan doktrin, sebaliknya hanyalah menunjukkan kelemahan kawalan semangat dan emosi si pengikut.
Sebagai penutup, ingin saya tekankan bahawa segala bentuk penyelewengan dalam kepercayaan dan pegangan Islam perlulah ditangani dan dibanteras secara berhemah dan penuh ilmiah. Umat Islam harus dididik atas dasar “Basirah” iaitu kekuatan hujjah yang yang nyata. Allah Ta’ala telah berfirman (Yusuf 12:108):
108. Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada termasuk orang-orang yang musyrik."
Justeru, umat Islam haruslah memulakan proses pemantapan Aqidah dengan menyelami ayat-ayat al-Quran berpandukan tafsiran absah para ulama muktabar, seiringan dengan pengamatan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. berdasarkan huraian tepat ulama Ahlus Sunnah yang menitik beratkan kesahihan fakta dan kesucian ajaran Islam. Seterusnya, harus wujud sekumpulan cendekiawan atau ilmuan yang dapat menjelaskan kepada masyarakat dan membezakan antara kesucian ajaran Islam dan kedurjanaan penyimpangan doktrin menyeleweng. Semoga Allah Ta’ala memperlihatkan kepada kita kebenaran dan memudahkan kita melaksanakannya, juga memperlihatkan kepada kita kebatilan dan memudahkan kita menjauhinya. Aamiin

PERANCANGAN

INSYAALLAH esok sy akan cuba cari masa untuk kongsi kan kat kalian semua beberapa isitilah yg digunakan dalam muamalat islam

 
 

ADE SOALAN ???

KLIK KAT KOTAK "LEAVE A MESSAGE" ----------->